Khamis, 20 Oktober 2011

Misi 10A (Afiq dan Nazry)

     Assalamualaikum!

Baiklah,hari ini, saya nak mengulas tentang ''Misi 10A''. Ada tahu apa itu ''Misi 10A''?. Tak tahu? Nak tahu?
Saya akan menerangkan serba sedikit mengenai ''Misi 10A''.Misi 10A ialah sambungan bagi Komik Misi 8A .Watak-watak penting yang terlibat dalam Misi 10A ialah Aizad,seorang yang tidak suka belajar,kerja Aizad hanyalah berhibur sahaja.Seperti bermain permainan video,membaca komik dan lain-lain.Di komik Misi 10A,Aizad berubah menjadi seorang yang paling pandai oleh kerana teman baiknya,Zahid. Zahid,seorang yang sering berdamping dengan buku ,terpaksa mengajar Aizad tentang pelajaran oleh kerana telah diselamatkan oleh Aizad daripada dipukul oleh budak nakal.



     Sekarang ini,saya akan mengulas tentang Misi 10A pula.
Misi 10A adalah komik yang bergenre ''pelajaran''.Ianya amat sesuai dibaca oleh golongan remaja. Komik ini akan membuatkan pembaca merasa bahawa ''belajar itu seronok''.Kepada yang telah membacanya,anda mesti akan merasanya dan kepada yang tidak memiliknya,milikinya sekarang!


Untuk lukisan pula,secara serius,lukisannya memang jauh lebih berbeza jika dibandingkan dengan komik-komik karya Afiq dan Nazry seperti Aviasi Fantasi 1,Aviasi Fantasi 2 dan Misi 8A.Saya amat tertarik dengan gaya lukisan Afiq yang lebih matang dan gempak!.Memang terbaik!!



Banyak watak-watak yang telah diwujudkan seperti,
Mat,Pakar Matematik .
Akimi,Pakar Kimia .
Samad Kenchana,Pakar Bahasa Malaysia.
Ustaz Amirulhafiz,Pakar Agama
Daud Rahman,Pakar Biologi.
Aljunit,Pakar Sejarah.
Khairul,Pakar ekonomi asas.
Dan John,Pakar Bahasa Inggeris.

Semua watak-watak ini memang hebat! Saya sukakannya! Watak-watak ini diwujudkan kerana untuk membantu Zahid mencapai matlamatnya apabila dia telah dilanda masalah tentang Biasiswa dan dibuli oleh seniornya.




Ada satu babak dimana Zahid dituduh mencuri wang koperasi, cara Aizad,Akimi,Fizi dan Mat menyelesaikan masalah itu dengan kelebihan yang mereka ada didalam pelajaran.Sungguh hebat!.
Ada lagi satu babak yang saya agak suka dimana Zahid bersama wanita idamannya,Nora.Nora telah berterus terang dengan Zahid bahawa dia berminat dengan perwatakan Zahid.Babak ini juga agak menarik!



Misi 10A mengajar kita tentang betapa pentingnya pelajaran dan erti persahabatan antara kita semua.Bagi saya,Misi 10A memang telah berjaya menjadi bahan motivasi yang mapan,unggul dan berimpak!.Saya amat sukakanya! Akhir kata,saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Saudara Nazry dan Saudara Afiq !.Saya akan terus menyokong kamu berdua dan semua pelukis Komik-M!


                                                                                                    Assalamualaikum..


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan